POPULARITI anak dara Che Ta, Aaisyah Dhia Rana yang baru meraikan ulang tahun kelahiran yang kesembilan semakin mencanak-canak.
Walaupun masih kecil, setiap gaya serta telatah yang dikongsikan ibunya dalam laman sosial menarik perhatian ramai.
Terbaru, bersempena hari jadinya, Aaisyah diberi peluang memotong sembilan kek sebagai simbolik usianya.
Selain memuji kecantikan anak bongsu pelakon itu dengan aktor Zain Saidin yang dikatakan seiras Fazura, tidak kurang juga yang berseloroh meminta Aaisyah memilih jodoh terbaik.
Ada yang berharap Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Che Wan bermenantukan anak raja selain meminta anak kecil tersebut menjauhi suami orang.
Amboi, peminat nampaknya dah nampak perjalanan masa depan Aaisyah yang mewarisi kecantikan ibunya.
Mizz Lahar: Teringat seseorang yang pernah bercinta dengan kerabat, namun tidak mendapat restu.