fbpx

Pekerja p-hailing maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Nabila menunjukkan gambar adiknya yang maut dipercayai terbabit dalam nahas langgar lari di jalan Mantin - Beranang berdekatan (Stesen Minyak Five). - Foto NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pekerja p-hailing maut dipercayai terbabit dalam nahas langgar lari di jalan Mantin – Beranang berdekatan (Stesen Minyak Five), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi berkenaan, Mohamad Fitri Abdul Sani, 30, menetap di Taman Andalas, Mantin disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mat Ghani Lateh, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang dipercayai telah dilanggar oleh kenderaan yang mana jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kejadian langgar lari kerana terdapat serpihan cermin sisi dan bumper warna putih di tempat kejadian.

“Oleh itu, pihak polis memohon kepada orang ramai agar saksi kejadian tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Insp G26330 Sharveen Raj a/l Balachandran ditalian 011-26176424 bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, kakak sulung mangsa kemalangan, Nor Nabila Abdul Sani, 32, dia mendapat panggilan daripada individu tidak dikenali menerusi talefon bimbit adiknya itu dan memaklumkan adiknya terbabit kemalangan serta dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi.

Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan di lokasi kemalangan yang turut terdapat sisa kenderaan lain seperti kenderaan berat termasuk di pakaian adiknya yang merupakan anak kedua dari enam beradik.

Menurutnya, dia juga berharap agar saksi kemalangan dapat tampil ke hadapan dan membantu siasatan polis memandangkan terdapat maklumat tular menyatakan anaknya dilanggar lari serta ada juga menyatakan disebabkan lubang di atas jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI