fbpx

EPL: Man. City sukar pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY sekadar terikat 2-2 menentang Palace menyebabkan peratusan ramalan untuk mereka mempertahankan kejuaraan EPL musim ini semakin rendah biarpun masih menjadi pilihan. - AFP

LONDON – Manchester City memegang status juara Eropah dan England, namun peluang mereka untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dilihat berdepan kesukaran.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu melalui prestasi yang agak ganjil sejak beberapa minggu lalu apabila mereka hanya meraih satu kemenangan dalam enam perlawanan EPL apabila hanya meraih empat keputusan seri, satu menang dan berdepan satu kekalahan.

Pada permulaan musim ini, super komputer Opta membuat jangkaan bahawa The Citizens memiliki peluang sehingga 90.2 peratus untuk mengekalkan penguasaan mereka pada saingan EPL.

Bagaimanapun, selepas sekadar terikat 2-2 menentang Crystal Palace pada aksi terakhir Sabtu lalu, peratus peluang mereka menurun menjadi 39.3 peratus, tetapi masih dianggap sebagai pasukan pilihan untuk memenangi EPL musim ini.

Keputusan seri ketika menentang Palace menyaksikan peratus City menurun 8.5 peratus lagi selepas mereka hanya memegang 47.7 peratus ketika bergelut untuk mencatat kemenangan ke atas Luton.

Selepas City, pasukan yang dianggap berpeluang untuk memenangi EPL musim ini, Arsenal selepas mereka berjaya membuktikan kecemerlangan musim lalu dan kini berjaya mendahului carta saingan liga.

Kekalahan kepada Aston Villa sebelum ini merencatkan sedikit rentak mereka apabila Opta meramalkan peluang untuk mereka meraih kejuaraan hanya 16.6 peratus, tetapi ia meningkat sehingga 29.9 peratus selepas kemenangan ke atas Brighton biarpun pada awal musim mereka hanya diberikan harapan sekitar 25.8 peratus.

Liverpool yang berada di kedudukan kedua ramalan pada awal musim dengan 31.5% peluang jatuh ke tempat ketiga dipintas Arsenal apabila hanya meraih 23.6% selepas hanya mampu terikat tanpa jaringan ketika menentang Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI