fbpx

Dua lelaki ditahan bersama 10kg ganja di RTC Napoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodzi (tengah) menunjukkan ketulan mampat ganja seberat 10 kg yang dirampas dalam serbuan dekat RTC Napoh pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

JITRA – Polis menahan dua lelaki serta merampas lebih 10 kilogram (kg) ganja dalam serbuan di tempat letak kenderaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, tangkapan kira-kira pukul 4.45 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Katanya, mereka terdiri daripada seorang warga Thailand berusia 30 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.

“Pemeriksaan terhadap sebuah beg galas yang dirampas dari lelaki Thailand tersebut menemui 10 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja yang dibalut dengan plastik lut sinar.

“Berat keseluruhan ketulan ganja tersebut dianggarkan 10.2 kilogram dengan nilainya di pasaran mencecah RM33,000. Selain itu, pihak kami turut menyita dua motosikal jenis Honda RS150 dinaiki kedua-dua individu berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, hari ini.

Menurutnya, dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menggunakan jalan tikus manakala suspek warga Thailand itu pula bertindak sebagai ‘transporter’.

Tambahnya, semakan mendapati lelaki Thailand tersebut yang merupakan seorang penganggur tidak memiliki rekod lampau manakala individu tempatan berkenaan yang bekerja sebagai buruh, mempunyai enam rekod lampau.

“Kedua-dua mereka kini direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI