fbpx

Sane perlukan masa pamer kualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANE yang baru pulih dari masalah kecergasan memerlukan sedikit masa untuk benar-benar bersedia mempamerkan kualiti yang dimiliki. – AFP

MUNICH – Ketua jurulatih Ba­yern Munich, Hansi Flick meminta agar peminat memberi ruang dan masa buat pemain sayap baharu, Leroy Sane yang dilihat bergelut dengan prestasi sejak berhijrah daripada pasukan Manchester City pada jendela perpindahan lepas.

Sebagai rekod, Sane telah dibeli oleh Bayern dengan nilai perpindahan sebanyak €45 juta (RM219.1 juta) kurang mendapat minit permainan susulan impak berkesan yang dipamerkan oleh dua pemain sayap utama, King­s­ley Coman dan Serge Gnabry.

Malah, Sane juga dilihat masih belum mencapai tahap kecergasan seratus peratus memandangkan pemain berusia 24 tahun itu telah berehat panjang akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sewaktu mewakili The Citizens tahun lalu.

Kata Flick, bintang muda antarabangsa Jerman itu sememangnya telah digesa untuk meningkatkan prestasi bersama pasukan tetapi dalam masa yang sama sedar situasi tersebut memerlukan masa.

“Saya lihat Sane sudah cergas sepenuhnya daripada sebarang kecederaan. Malah, keserasian bersama rakan sepasukan juga turut semakin baik tetapi harus diakui masih banyak kelemahan ketara dalam corak permainannya.

“Berdasarkan aksi beberapa perlawanan lepas, saya lihat Sane banyak kehilangan bola yang boleh menjejaskan tempo permainan pasukan kerana dia sememangnya gemar menggelecek dalam situasi satu lawan satu.

“Kami tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut tetapi dia perlu bertindak lebih bijak kerana apa yang utama dia tidak pentingkan diri dan bermain dalam satu pasukan. Saya harap dia boleh mempamerkan aksi lebih konsisten musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI