fbpx

Tayang badan bersyarat, Yusuf Bahrin dapat ‘lampu hijau’ Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusuf Bahrin meletakkan syarat tidak mendedahkan bahagian tertentu apabila dituntut membuka baju.

KUALA LUMPUR — Tayang badan demi memenuhi tuntutan filem The Lord Musang King, pelakon Yusuf Bahrin mengakui mendapat kebenaran isteri yang juga penyanyi Zizi Kirana selain meletakkan had tertentu.

Kata pemilik nama penuh Muhammad Yusuf Bahrin itu, sebagai individu yang berpendirian, dia meletakkan syarat tidak mendedahkan bahagian tertentu apabila dituntut membuka baju.

“Saya ambil langkah berani sebenarnya, memang agak mendedahkan tetapi saya letak syarat supaya tidak menampakkan bahagian pusat hingga ke lutut. Syukur yang ditayangkan tidak mendedahkan aurat saya.

“Saya terangkan satu persatu dan berlaku perbincangan antara kami berdua, isteri bagi lampu hijau tetapi dia ada pesan jangan sampai aurat nampak.

“Saya maklumkan kepada pengarah mengenai syarat saya, Alhamdulillah dia terima,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ditanya tidakkah pendiriannya itu boleh menutup periuk nasinya, aktor berusia 31 tahun terbabit berkata, rezekinya tidak pernah putus selain bersyukur pengarah sedia bertolak-ansur.

“Sebenarnya ramai sahaja pengarah yang faham, nak kata memilih itu tidak tetapi saya mempunyai pendirian untuk tidak melakukan babak tertentu dan tidak mahu menyusahkan produksi.

“Bila saya terima sesuatu naskhah dan ada aksi menghairahkan atau berlebihan, saya akan tolak sebab tidak tahu cara untuk jayakan watak tersebut tanpa bersentuhan. Langkah selamat, saya tidak buat.

“Bukan apa, saya tidak bersedia dikecam selain sedar perkara itu memang tidak bagus kerana boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja terpalit kepada saya malah ibu bapa,” katanya pada majlis Malam Gala The Lord Musang King, semalam.

Dalam filem itu, Yusuf memegang watak sebagai Haikal, anak pekebun durian yang berjaya namun diperdaya dan dipenjarakan.Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea itu merupakan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan.

Selain Yusuf, filem yang bakal ditayangkan pada 21 Disember itu turut dibintangi Harissa Adlynn, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir, manakala pelakon dari Korea Selatan pula adalah Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI