fbpx

Dilanggar, ditunjuk jari tengah bukan ‘lesen’ ambil tindakan sendiri – Anggota JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ ketika mengulas mengenai kejadian langgar sehingga mati seorang pelajar sekolah di Ipoh baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Hampir setiap hari apabila saya meronda akan jumpa dengan penunggang motosikal yang menggunakan ekzos bising, menunjukkan jari tengah dan cuba mencetuskan provokasi.”

Itu antara pengalaman yang dikongsi oleh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu klip video di laman Facebook.

Kata anggota itu, bagaimanapun tindakan dan aksi oleh segelintir penunggang motosikal itu bukan ‘lesen’ untuk mengambil tindakan sendiri, apatah lagi sehingga kehilangan nyawa.

“Sepanjang saya bekerja dan meronda, pelbagai perangai mat rempit saya jumpa. Yang tunjuk jari tengah, yang ‘rem’ ekzos, budak-budak nakal biasalah. Takkan kita tak boleh kawal diri kita.

“Kawallah diri, saya sendiri pernah dilanggar oleh seorang budak bermotosikal, saya tak ada pun nak sebat (langgar semula) budak itu. Ini ada sesetengah anggota beruniform sengaja pergi langgar.

“Budak motor ni, kita langgar dia pun dia sakit, dia langgar kita pun dia sakit. Jadi tolonglah sahabat-sahabat uniform semua janganlah perangai macam ini (melanggar budak bermotosikal sehingga mati),” katanya.

Mengulas lanjut, anggota terbabit berkata, sepatutnya sebagai seorang anggota mahupun pegawai beruniform, mereka perlu mempunyai belas ihsan apabila berlaku sesuatu perkara terutamanya melibatkan kemalangan.

“Kalaulah kata kau ‘terlanggar’ sekali pun, tolonglah turun bantu mangsa. Pangkat kita ini sampai bila kita nak bawa, bila pencen kita buka uniform dah jadi orang biasa. Kita diberikan amanah, jaga amanah itu.

“Memang seluruh negara berdukacita dengan apa yang terjadi, saya harap kejadian ini terakhir yang berlaku. Saya harap juga keluarga mangsa dapat pengadilan sewajarnya,” ujarnya.

Nasihat anggota JPJ itu lagi, sekiranya kita mempunyai panas baran, jangan memandu kereta sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.

“Simpanlah panas baran itu dirumah, jadilah manusia yang ‘berhati perut’,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI