fbpx

Yayasan Petronas sumbang Pakej Prihatin kepada mangsa banjir Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Ahmad Shazly (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Pakej Prihatin kepada Tengku Farok Hussin (tiga dari kiri) di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Yayasan Petronas menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menyampaikan Pakej Prihatin terhadap mangsa banjir di Terengganu.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, Pakej Prihatin tersebut mengandungi barangan keperluan dan makanan yang akan diagihkan kepada keluarga mangsa banjir negeri ini.

“Kita menyumbang 1,500 set Pakej Prihatin yang akan diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada keluarga isi rumah (KIR) mangsa banjir yang berada di PPS.

“Setiap set mengandungi barangan keperluan dan makanan seperti selimut, tuala mandi, ubat dan berus gigi serta biskut, air mineral dan makanan sedia dimakan,” katanya pada program Memacu Kehidupan: Bantuan Bencana di sini malam tadi.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan set Pakej Prihatin terbabit kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Datuk Seri Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Mohammad Ahmad Shazly berkata, pemberian pek Pakej Prihatin tersebut merupakan usaha berterusan Yayasan Petronas bagi membantu mangsa banjir khususnya di Pantai Timur.

Tambah beliau, sumbangan sama telah disampaikan untuk mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini

Dalam perkembangan sama, Mohammad Ahmad Shazly memberitahu Petronas juga menyumbang kad hadiah petrol bernilai keseluruhan RM10,000 untuk keperluan bekalan bahan api aset pengangkutan agensi penyelamatan banjir di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI