fbpx

Gempa bumi sederhana melanda utara Halmahera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi berukuran 5.3 skala Richter landa utara Halmahera, Indonesia pagi tadi.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di utara Halmahera, Indonesia pukul 6.36 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.3 skala Richter.

“Kejadian gempa bumi itu berlaku di 2.6 darjah utara dan 128.2 darjah timur.

“Pusat gempa bumi itu terletak di 228 kilometer (km) utara dari Ternate,Indonesia dengan kedalaman 155 km,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI