fbpx

Arsenal tak mampu julang kejuaraan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berjaya menguasai takhta EPL ketika ini hasil kemenangan ke atas Brighton minggu lalu. - AFP

KENYATAAN bekas pengandali Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mungkin mengundang rasa tidak puas hati para peminat Arsenal apabila menganggap kelab itu tidak mampu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini biarpun berada pada prestasi terbaik ketika ini.

The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta kembali merampas takhta liga selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Brighton ketika dua lagi pencabar mereka, Liverpool dan Manchester City tercicir mata selepas masing-masing hanya meraih keputusan seri dalam perlawanan masing-masing.

MOURINHO

Mourinho dalam temu bual di podcast The Obi One yang dikemudi bekas pemain Chelsea, John Obi Mikel percaya bahawa Liverpool dan City masih lagi pasukan kelab pilihan untuk menjulang kejuaraan musim ini biarpun Arsenal dianggap pasukan yang lebih stabil sejak musim lalu.

Jurulatih AS Roma itu berpendapat City memiliki peluang sebanyak 51 peratus, manakala Liverpool mempunyai 49 peratus kemungkinan untuk memenanginya, namun mengakui pendapat itu diberikan bukan kerana kebencian terhadap Arsenal, tetapi kenyataan berdasarkan perkiraan perlawanan mendatang dan The Gunners tidak memiliki skuad besar yang berkualiti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI