SEMPORNA – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Aman Jaya semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Argadil Mohd Yusuf, 12, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.16 tengah hari.
“Sepasukan anggota bersama jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
“Kemalangan itu membabitkan seorang pejalan kaki dipercayai dilanggar sebuah kenderaan jenis Kenderaan Proton Persona,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.43 petang. – KOSMO! ONLINE