fbpx

617 mangsa kemalangan jalan raya dibenar memandu semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASBI (dua dari kiri) membantu salah seorang pesakit rehab pada Program Return To Drive di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Ayer Keroh, Melaka. Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seramai 617 atau 70 peratus daripada 881 mangsa kemalangan jalan raya dibenarkan memandu semula oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selepas mereka menjalani program rehabilitasi memandu di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tun Abdul Razak, Ayer Keroh, di sini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, daripada jumlah tersebut, 402 individu atau 65 peratus adalah penunggang motosikal, manakala selebihnya pemandu kereta.

Menurutnya, program dikenali sebagai ‘Return to Drive’ itu dikhususkan untuk mangsa kemalangan jalan raya menjalani terapi memandu dan menunggang motosikal.

“Terapi cara kerja akan menjalankan penilaian pra memandu dan menunggang motosikal secara off-road menggunakan simulator memandu dan latihan on-road menggunakan kenderaan yang telah dimodifikasi.

“Laporan hasil penilaian ‘Fit to Drive’ perlu memenuhi standard dan keperluan JPJ serta pengesahan pegawai perubatan Pusat Rehabilitasi Perkeso, barulah mereka dibenarkan memandu atau menunggang motosikal semula,” katanya sempena Majlis Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya (WDoR) 2023 di Pusat Rehabilitasi Perkeso, hari ini.

Tambah Hasbi, mangsa yang telah disahkan pulih perlu mengisi Borang Pemeriksaan Kesihatan Bagi Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mendapat kelulusan JPJ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI