PELAWAK dan penghibur, Kiky Saputri, 30, mendedahkan disuakan tawaran sebagai duta bagi sebuah pusat kecantikan yang menawarkan operasi mencantikkan hidung seperti artis K-Pop.
Biarpun kedengaran tawaran tersebut sangat bagus, dia enggan berasa teruja sebaliknya mengambil kira pendapat suami.
Katanya, teman hidupnya iaitu Muhammad Khairi terus membantah sekali gus memintanya menolak tawaran yang memerlukannya ke Korea Selatan.
“Memang tawaran itu menarik selain membabitkan pusat di Korea Selatan yang terkenal dengan operasi sebegini.
“Tetapi saya lebih selesa cantik alami tambahan pula suami juga menyatakan menerima saya apa adanya,” katanya.