fbpx

Pecutan akhir bantu Dekwan, Ammar ke Paralimpik 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIDZUAN bakal menyertai dua kejohanan dan perlu mendapat keputusan yang baik untuk layak secara merit ke Paralimpik 2024.

PERSATUAN Olahraga Para Malaysia (MPAA) sedia untuk membantu jaguh paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi memburu tempat ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presiden MPAA, Mohd. Zarrawi Abdullah berkata, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan dua atlet tersebut dapat mengesahkan tempat ke Paris 2024.

Tegas Zarrawi, dua atlet negara itu akan menyertai dua kejohanan penting di Kejohanan Grand Prix 15 Fazza Dubai, UAE pada 15 Februari tahun depan untuk memburu ranking ke Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun pada Mei.

“Kita meletakkan harapan cukup tinggi kepada Dekwan dan Ammar untuk ke Paris 2024. Tetapi, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan prestasi mereka sentiasa terbaik.

“Pertama sekali mereka berdua perlu mendapatkan kedudukan 10 terbaik di UAE dan selepas itu perlu meraih pingat emas atau perak di Jepun untuk melayakkan diri secara merit ke Paris 2024.

“Ini pilihan terakhir buat atlet negara sekiranya ingin melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024,” katanya ketika ditemui selepas berakhir Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan di MSN, Bukit Jalil semalam.

Ketika ini, jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 selepas menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris pada Julai lalu.

Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual) pada kejohanan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI