fbpx

Usaha sama U Mobile, Time bakatkan manfaatkan satu juta rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Navin (dua dari kiri) pada majlis pelancaran pelan baharu U Mobile yang dijayakan bersama dengan Time di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – U Mobile mengumumkan bahawa pelan jalur lebar rumah, U Home Fibre (sebelum ini dikenali sebagai Ultra Unlimited Home Fibre Broadband) kini tersedia untuk lebih satu juta rumah terutamanya di bangunan bertingkat tinggi di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia, dengan memanfaatkan jejak infrastruktur fibre Time dotCom (Time).

Ketua Pegawai Pemasarannya, Navin Manian berkata, untuk menandakan capaiannya yang semakin luas, syarikat juga me­lancarkan pelan U Home ­Fibre baharu yang menawarkan 300Mbps pada harga RM139, di samping kelajuan 100Mbps, 500Mbps dan 1Gbps yang sedia ada.

Menurut beliau, yuran langganan bulanan bagi semua pelan jalur lebar U Home Fibre juga te­lah tersedia ada dan lebih mudah untuk dimiliki.

“U Mobile terkenal dengan inovasi produk yang membawa nilai tiada tandingan dengan ciri kualiti terbaik dan harga yang mampu milik kepada pelanggan.

“Kami gembira kerana bekerjasama dengan Time kerana ini akan membolehkan lebih satu juta isi rumah tambahan mendapat akses kepada pelan terbaharu U Home Fibre yang menarik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Navin menjelaskan, pelan 100Mbps kini akan menjadi RM99 (sebelum ini RM129), 500Mbps pada harga RM159 (sebelum ini RM199) dan 1Gbps pada harga RM289 (sebelum ini RM299). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI