fbpx

LLM berjaya bina 119 tempat teduhan motosikal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika mengadakan lawatan dan taklimat pertama sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya di LLM, hari ini. - Foto IHSAN LLM.

PETALING JAYA – Sebanyak 119 buah tempat teduhan penunggang motosikal baharu akan dibina sebagai tambahan kepada 353 tempat teduhan motosikal sedia ada di bawah Program Bitara Madani Kementerian Kerja Raya (KKR).

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun berkata, dari keseluruhan 119 buah lokasi baharu tersebut, 40 lokasi telah disiapkan pada tahun ini, manakala 79 lokasi lagi dijadualkan siap pada 2024.

“Pencapaian utama KKR bagi Program Bitara Madani di mana dua daripada tiga pencapaian tersebut adalah di bawah LLM iaitu Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol.

“Kedua-dua inisiatif ini adalah merupakan inisiatif yang berkos rendah tetapi berimpak tinggi,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas lawatan pertama dan taklimat bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan di LLM.

Dalam pada itu, menyentuh berkenaan persediaan LLM menghadapi fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda negara ketika jelasnya, LLM dan Syarikat Konsesi Lebuhraya sentiasa bersiap siaga bagi memastikan jaringan perhubungan rakyat tidak terjejas, sekaligus keselamatan pengguna dapat dipertingkatkan.

“Syarikat Konsesi juga diingatkan untuk memeriksa dan memastikan sistem saliran cerun dalam keadaan baik dan mengenalpasti tanda-tanda awal kegagalan cerun di sepanjang jajaran lebuh raya masing-masing.

“LLM menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati sewaktu musim MTL ini dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI