fbpx

Konstabel polis tumbuk kepala kakitangan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota polis menumbuk Attanayake di Atlanta Boulevard, Romford hujung tahun lalu. - IOPC

LONDON – Satu rakaman video yang baru didedahkan semalam menunjukkan insiden seorang anggota polis menumbuk kepala kakitangan perubatan, beberapa jam selepas mangsa melaporkan satu kejadian jenayah, lapor portal berita MailOnline.

Kejadian berlaku di Essex, Britain.

Rakaman itu menunjukkan Konstabel Jonathan Marsh dan seorang rakan sejawatnya bercakap dengan mangsa, Rasike Attanayake. Mangsa ketika itu melaporkan mengenai kejadian seorang lelaki mabuk merosakkan sebuah papan tanda di luar klinik telinga.

Marsh dan rakan anggotanya berjalan menuju ke arah ditunjukkan Attanayake, namun mereka tidak menemui lelaki mabuk yang dimaksudkan. Ia menyebabkan mereka menamakan Attanayake sebagai suspek yang merosakkan papan tanda tersebut.

Marsh kemudian menggari dan menumbuk kepala Attanayake dari arah belakang walaupun lelaki itu menegaskan bahawa dia yang menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut.

Kira-kira 10 minit kemudian, Attanayake disahkan sebagai bukan suspek kes tersebut dan kurang sejam selepas itu, mangsa menghubungi polis bagi membuat aduan ke atas tindakan dua anggota polis berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada 13 November tahun lalu, namun video mengenainya baru didedahkan ketika sesi perbicaraan di mahkamah semalam.

Perbicaraan akan bersambung pada 29 Januari tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI