fbpx

Liga Europa: Milan jadi ‘mangsa’ kalender Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIOLI berdepan tugas sukar untuk memastikan Milan mampu memberikan cabaran untuk saingan Serie A dan Liga Europa. - AFP

NYON – Februari bakal menjadi bulan penuh mencabar buat AC Milan yang seolah-olah menjadi ‘mangsa’ kalender bola sepak Eropah apabila mereka bakal mengharungi jadual padat membabitkan saingan Serie A dan Liga Europa.

Pada undian playoff Liga Europa musim ini, AC Milan dijadual bertemu Stade Rennais dan secara puratanya Rossoneri terpaksa bermain satu perlawanan dalam setiap empat hari.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Giorgio Furlani tetap gembira dengan hasil undian kali ini dan mengingatkan pasukan supaya kekal bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.

“Jika kami mahu menang Liga Europa, kami perlu bersedia untuk berdepan sesiapa saja. Soal kecederaan menjadikan pasukan dalam situasi sukar, namun kami sedang berusaha untuk atasinya.

“Pemain muda yang dimasukkan juga berhak mendapatkan tempat dan mereka sudah pun memberikan reaksi cukup baik,” katanya.

Keadaan ini pastinya beri tugas mencabar buat pengendali pasukan, Stefano Pioli untuk membuktikan kemampuan sebenar terutamanya bagi mencabar kejuaraan domestik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI