fbpx

UCL: Man. City waspada cabaran Copenhagen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY dianggap berdepan laluan mudah berdepan Copenhagen, namun enggan memandang mudah cabaran wakil Denmark itu. - AFP

NYON – Pengarah Bola Sepak Manchester City, Txiki Begiristain menggesa pasukan itu supaya berjaga-jaga selepas diundi menentang FC Copenhagen pada pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.

Meskipun pernah membelasah pasukan dari Denmark itu 5-0 pada saingan peringkat kumpulan musim lalu, namun beliau menganggap rekod tersebut langsung tidak bermakna kerana Copenhagen dilihat semakin berbahaya.

Apa tidaknya, Copenhagen melangkah ke pusingan kalah mati bagi mengiringi Bayern Munich meskipun berada di kumpulan sukar yang turut dibarisi Galatasaray dan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

“Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, mereka (Copenhagen) beraksi menentang Bayern Munich, Galatasaray dan Manchester United, tetapi berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terbaik.

“Mereka adalah naib juara kumpulan dan ini membuktikan mereka sebuah pasukan yang hebat, jadi kami perlu berhati-hati. Kami perlu pandang serius cabaran mereka dan hormati Copenhagen,” katanya.

Sementara itu, beliau menyatakan kemahuan untuk melihat skuad kendalian Pep Guardiola itu mencipta sejarah dengan melayakkan diri ke perlawanan akhir dan mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu.

“Kami tahu apa yang diperlukan untuk memenangi saingan Liga Juara-Juara, jadi kami lakukannya sekali lagi. Kami layak ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan, jadi kami memang bermain baik di peringkat Eropah,” ujar Begiristain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI