fbpx

Bergaduh sehingga terbunuh, empat lelaki seorang wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki warga asing terbunuh di hadapan kedai runcit di Taman Pandan Jaya, Ampang, 10 Disember lalu.

AMPANG JAYA – Gara-gara bergaduh sehingga menyebabkan kematian, empat lelaki dan seorang wanita warga asing yang disyaki terbabit dalam kes tersebut ditahan dalam serbuan berasingan di Kuantan, Pahang dan Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu.

Kata sumber, seorang lelaki warga asing terbunuh dalam pergaduhan di hadapan kedai runcit di Taman Pandan Jaya, di sini, dipercayai bermula ekoran pertengkaran disebab mabuk, pada 10 Disember lalu.

“Kejadian berlaku ketika rakan mangsa ingin menutup kedai runcit itu diserang suspek sebelum mangsa yang melihat kejadian itu datang membantu.

“Berlaku pergaduhan ketika itu sebelum mangsa dan rakannya ditikam suspek yang kemudian melarikan diri menyebabkan mangsa maut manakala rakannya parah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan pada pukul 10 malam, Jumaat lalu dalam beberapa siri serbuan di Jalan Kemaman, Kuantan, Pahang dan kawasan Pandan Indah.

“Polis menahan empat lelaki warga asing berusia 23 hingga 51 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI