fbpx

Mayat warga emas ditemui tepi Sungai Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik mayat mangsa yang ditemui terdampar di tebing Sungai Kedah, Alor Setar pada pagi ini.

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terdampar di tebing pasir Sungai Kedah, Ampang Jajar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat lelaki berusia 62 tahun itu yang lengkap berpakaian ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan pemantauan di kawasan berhampiran.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di tebing pasir berhampiran sebuah restoran di situ oleh sepasukan anggota yang melakukan pemantauan kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik dari tebing pasir tersebut oleh pihak bomba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, semakan lanjut mendapati keluarga mangsa ada membuat laporan mengenai kehilangannya pada pagi semalam.

“Identiti mangsa dicamkan oleh ahli keluarganya sendiri yang turut hadir di lokasi penemuan mayat. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya. setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI