fbpx

Peragut berputih mata dicekup orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang peragut berputih mata apabila dicekup oleh mangsa dengan bantuan orang awam dalam kejadian di Taman Sunway, Batu Caves semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 29 tahun dikatakan hendak mengeluarkan anaknya dari dalam kereta sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal dari arah belakang dan cuba meragut rantai leher mangsa.

Mangsa kemudiannya terus bertindak menyiku bahagian dada suspek dan menyebabkan suspek jatuh.

Mangsa dengan dibantu orang awam berjaya menahan suspek berusia 27 tahun tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lebih kurang pukul 1.24 tengah hari, sepasukan Polis Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat tangkapan semula ke atas suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek baru dibebaskan daripada perintah sekatan buang daerah (PCO) pada 23 November lalu dan siasatan sedang dijalankan berhubung penglibatan suspek dalam kes-kes lain.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam.

“Suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini hingga 1 Disember untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI