fbpx

Dr. Zaliha tidak tolak kepentingan pilihan raya PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, tidak menolak kepentingan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di ibu negara.

“Bagaimanapun, kita kena lihat apakah perkara yang penting yang perlu dilaksanakan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, saya tidak menolak kepentingan tentang apa yang diutarakan.

“Sebenarnya, perkara ini di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Namun, kami akan berbincang dan tinjau perkara ini dengan lebih teliti,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasinya.

Menurut Tan, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI