fbpx

200,000 pengguna di Barat Daya, Seberang Perai alami gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar penyelam komersial dari Port Klang bersiap sedia menjalankan siasatan kejadian paip sepanjang 1,350mm yang pecah di dasar Sungai Perai, Seberang Perai, semalam.

GEORGE TOWN – Kira-kira 200,000 pengguna air di daerah Barat Daya dan Seberang Perai berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual, hari ini susulan berlaku kejadian paip pecah di sepanjang 1,350 milimeter di dasar Sungai Perai.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K.Pathmanathan berkata, PBAPP akan menghebahkan senarai kawasan yang terjejas dalam masa terdekat.

“PBAPP tidak dapat memberikan notis awal, namun PBAPP telah menasihatkan orang ramai melalui Facebook untuk menyimpan air bagi kegunaan harian pada 12.30 tengah malam tadi.

“PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Kami akan memberikan kemas kini dengan kerap di Facebook, hari ini.

“Kami juga akan mengumumkan jangkaan masa gangguan bekalan air sebaik sahaja kami mendapat komitmen daripada pakar kontraktor yang akan menjalankan kerja-kerja hari ini,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI