fbpx

Arsenal tiada peluang menang EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL kembali menguasai puncak liga selepas mencatat kemenangan menentang Brighton kelmarin. - AFP

LONDON – Bekas pengurus Chelsea, Tottenham Hotspur dan Manchester United, Jose Mourinho menganggap Arsenal tidak mempunyai peluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Jurulatih AS Roma itu percaya, persaingan musim ini lebih menjurus kepada Manchester City dan Liverpool yang dianggap lebih dominan untuk meraih kejuaraan biarpun Arsenal kembali menguasai takhta selepas menewaskan Brighton Ahad lalu.

Saingan minggu lalu menyaksikan City tercicir mata selepas diikat Crystal Palace 2-2, manakala Liverpool seri tanpa jaringan menentang Manchester United, namun Mourinho tetap yakin dengan pendiriannya itu.

“Saya boleh katakan bahawa peluang City untuk memenangi kejuaraan EPL adalah 51 peratus dan Liverpool pula memiliki peluang sehingga 49 peratus,” katanya.

Ketika ditanya mengenai peluang Arsenal, Mourinho membuat mimik muka yang menunjukkan bahawa beliau tidak yakin mengenai kemampuan pasukan itu menamatkan penantian.

Mourinho turut mengakui bahawa beliau tidak kisah untuk melihat Arsenal terus kemarau kejuaraan EPL untuk tempoh dua dekad selepas kali terakhir memenanginya pada musim 2003/2004.

“Secara jujur, ia bukan kerana kebenciaan, saya suka melihat mereka menang. Sudah pasti Chelsea dan Manchester United tidak akan memenangi kejuaraan musim ini.

“Saya gembira jika Arsenal mampu menang, tapi dalam tiga pasukan ini, saya fikir City dan Liverpool mempunyai peluang yang lebih cerah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI