fbpx

Anwar sedih terima berita kematian mantan Presiden Majlis Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Sulaiman.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa sedih beliau diatas kematian mantan Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah semalam.

Menurut Perdana Menteri, Allahyarham Sulaiman merupakan sahabat akrab beliau dan juga keluarganya yang bersama dengannya semasa berada di waktu sukar.

“Beliau tidak hanya seorang peguam, malah juga seorang sahabat yang akrab di mana beliau bersama saya dan keluarga di tahun-tahun lampau yang gelap dan getir.

“Fikrah dan nurani beliau yang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebagai peguam, Allahyarham banyak terbabit dalam pelbagai kes besar, termasuk pernah mewakili Anwar.

Beliau juga dilantik oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas pada 2018 sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Saya amat terkesan saat menerima berita ini tatkala masih di Tokyo untuk lawatan kerja.

“Mendoakan keluarganya diberi kecekalan yang ampuh selain diampun segala dosanya dan ruh almarhum diberi tempat yang istimewa di sisi Allah S.W.T,” kata Anwar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI