fbpx

Peminat beri penghormatan terakhir kepada Raja Gelek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah M. Daud Kilau ditempatkan di Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk sebelum dikebumikan selepas solat zuhur.

BAGAN DATUK – Orang ramai memenuhi pekarangan Masjid Tuminah Hamidi di sini bagi melihat jenazah Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau buat kali terakhir sebelum dikebumikan selepas solat zuhur.

Anaknya, Ahmad Zaini Mohd. Daud berkata, jenazah ayahnya ditempatkan di masjid tersebut bagi membolehkan orang ramai tanpa mengira bangsa terutamanya daripada kalangan peminatnya untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

“Bagi peminatnya yang terdiri daripada bangsa dan agama lain, mereka masih berkesempatan melihat jenazah ayah sebelum dia dikebumikan selepas solat zuhur nanti.

“Selepas solat zuhur, jenazah ayah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Balai untuk urusan pengebumian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Media semalam melaporkan tentang Allahyarham yang meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan.

Menurut menantunya, Hassan Ahmad, bapa mentuanya itu telah lama menderita dengan pelbagai komplikasi penyakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI