DALAM diam, puteri kepada Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan, Aaradhya semakin menginjak remaja dan menjadi tumpuan ramai.
Anak gadis yang baru mencecah usia 12 tahun itu mempunyai darah seni seperti kedua-dua ibu bapa serta datuknya yang menjadi legenda Bollywood, Amitabh Bachchan.
Ini dibuktikan menerusi pembabitannya dalam sebuah persembahan di sekolah yang turut dihadiri ibunya.
Menariknya, kelincahan Aishwarya mengambil gambar aksi anaknya di pentas membuat persembahan membuatkan semua mata terarah kepadanya.
Dalam sebuah video yang tular di laman sosial, kelihatan aktres yang juga ratu cantik itu sibuk merakam persembahan Aaradhya.
Rata-rata peminat melihat aksi Aishwarya itu seperti ibu lain yang cukup berbangga melihat si anak sukses dalam apa jua perkara.