fbpx

Anak SRK, cucu Amitabh Bachchan ‘main kroni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhana Khan bersama teman gandingannya dalam filem The Archie, Agastya Nanda dijadikan contoh tepat kepada amalan nepotisme.

DILAHIRKAN dalam keluarga yang mencipta kemasyhuran di arena hiburan hakikatnya menjadi impian terpendam sebilangan individu.

Bagi dunia perfileman Bollywood, beberapa nama keluarga termasuk Khan, Kapoor, Chopra dan Bachchan antara yang paling menyerlah.

Namun di sebalik kegemilangan keluarga berpengaruh itu, banyak suara mengecam mereka yang didakwa kental semangat nepotisme atau hanya mahu menguntungkan keluarga.

Pelakon muda yang juga anak Shah Rukh Khan, Suhana Khan bersama teman gandingannya dalam filem The Archie, Agastya Nanda iaitu cucu Amitabh Bachchan dijadikan contoh tepat kepada amalan nepotisme dalam industri filem Bollywood.

Penampilan mereka dalam filem pertama itu dijadikan sasaran kecaman disebabkan rasa tidak puas segelintir netizen.

Malah banyak adegan dalam filem tersebut termasuk tarian menuai kritikan sehingga ada yang secara sinis menyatakan kuah tidak tumpah ke nasi.

Nepotisme adalah isu yang sentiasa diperbahaskan Bollywood kerana sudah berpuluh tahun dibelenggu senario sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI