fbpx

Kami rancang bertemu, tetapi perancangan Allah lebih baik buatnya – Omara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Omara (kiri) dan Allahyarham M. Daud Kilau ketika bertemu beberapa tahun yang lalu.

GEORGE TOWN – Berita pemergian Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau, 85, petang tadi sememangnya mengejutkan ramai rakan seninya dan dianggap suatu kehilangan besar yang berturut-turut selepas kematian penyanyi era 80-an, Ibnor Reza, 62, semalam.

Penggiat seni boria, Omar Md. Hashim atau lebih popular dengan panggilan Omara berkata, dia amat terkilan kerana hasratnya untuk bertemu penyanyi veteran itu pada hujung tahun ini tidak kesampaian.

Menurutnya, pertemuan dengan Allahyarham bersama rakan seni lain yang sedang uzur ketika ini sudahpun dirancang awal namun takdir telah menentukan akan perpisahan tersebut.

“Kali terakhir saya berjumpa dan keluar bersama Allahyarham ketika dia masih sihat hampir 10 tahun lalu dan selepas itu, kami hanya berhubung menerusi telefon memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Saya dapat tahu yang arwah sudah meninggal dunia pada pukul 6 petang tadi daripada salah seorang rakan seni kami. Memang terkejut dan sedih kerana tidak dapat berjumpa dengannya seperti mana yang dirancang,” katanya di sini, sebentar tadi.

Omara memberitahu, Allahyarham sememangnya mempunyai identiti tersendiri ketika menghadiri mana-mana persembahan selain mengenakan pakaian yang berkilauan.

“Dia (arwah) akan mengambil masa kira-kira sejam untuk menatarias wajah dan pakaian sebelum memulakan persembahan nyanyiannya. Itu perkara paling dititiberatkan.

“Setiap kali datang ke Pulau Pinang, arwah wajib menjamu selera nasi kandar kari kepala ikan. Memang dia seorang rakan seni yang mudah mesra dan terhibur,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Allahyarham M. Daud Kilau disahkan meninggal dunia pada pukul 4.46 petang tadi, ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), Perak.

Semalam, Ibnor Reza menghembus nafas terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia pada pukul 3.30 petang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI