fbpx

Jenazah M. Daud Kilau dikebumi lepas zuhur esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM M. Daud Kilau menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.46 petang semalam.

BAGAN DATUK – Jenazah raja gelek, M. Daud Kilau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh di sini esok selepas solat zuhur.

Anaknya, Ahmad Zaini Mohd Daud, jenazah bapanya akan disolatkan di Masjid Tuminah Hamidi sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan untuk dikebumikan.

“Bapa saya dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada 12 Disember lalu kerana bacaan gula tinggi. Seminggu di hospital keadaannya tidak menentu.

“Sepatutnya hari ini arwah menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kakinya. Bagaimanapun, doktor bius cakap tak akan meneruskan pembedahan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, doktor memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.46 petang.

Tambahnya, jenazah bapanya dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang ke rumah di Kampung Sungai Balai Baroh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI