fbpx

Konflik Palestin-Israel: Lebih 25,000 syahid dalam serangan hari ke-72

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan tentera Israel ke atas bumi Gaza telah mengorbankan lebih 25,000 penduduk. - AFP

PETALING JAYA – Seramai 25,612 rakyat Palestin terbunuh setakat semalam dalam serangan rejim Zionis yang berlanjutan sejak 7 Oktober lalu ke atas Semenanjung Gaza.

Menerusi info grafik yang dikongsikan Pemantau Hak Asasi Manusia Eropah-Mediterranean di aplikasi X, memasuki hari ke-72 (semalam), seramai 10,091 kanak-kanak terbunuh, 5,390 wanita menjadi korban serta 23,900 orang awam ditembak serta dibom oleh tentera penceroboh Israel.

Dalam pada itu, seramai 52,031 penduduk Gaza cedera parah akibat terkena serpihan serangan Zionis, manakala 89 pengamal media telah syahid.

“Lebih 1.8 juta penduduk hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dibom Zionis dengan 63,400 unit rumah musnah sepenuhnya serta lebih 2,000 bangunan lain termasuklah bangunan kerajaan, tempat beribadah dan hospital turut musnah,” kongsi info grafik tersebut.

Tambah perkongsian tersebut, jumlah mangsa yang dilaporkan termasuklah yang masih tersekat di bawah runtuhan dan pasukan penyelamat dalam usaha untuk mengeluarkan mereka.

Terbaharu, serangan tentera Israel ketika ini dilihat lebih tertumpu sekitar selatan Gaza selepas kawasan di bahagian utara telah lumpuh sepenuhnya.

Sebelum ini, wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq melaporkan pesawat Israel mengebom Hospital Nasser yang terletak di Khan Yunnis, selatan Gaza pada malam tadi sehingga mengorbankan ratusan penduduk.

Difahamkan, hospital tersebut merupakan antara tempat berlindung penduduk Gaza yang paling ramai dan sebahagian besar sedang mendapatkan rawatan di sana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI