fbpx

Lima pos kawalan PGA dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pos kawalan PGA yang dinaiki air di Rantau Panjang berikutan paras Sungai Golok melepas paras amaran.

RANTAU PANJANG – Lima buah pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas – Rantau Panjang dinaiki air selepas paras Sungai Golok melepasi paras amaran hari ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superitendan Muhammad Shamsuddin berkata, pos kawalan yang terlibat ialah Pos Sharifah Rantau Panjang, Pos Salleh, Pos Mek Gombak, Pos Pulau dan Pos Wakaf Zin di Jeram Perdah.

Katanya, PGA telah memantau kawasan itu bagi menjamin keselamatan petugas dan aset kerajaan ekoran paras air Sungai Golok menunjukkan peningkatan secara mendadak.

“Kita menjalankan rondaan ke lokasi pos-pos yang dinaiki air dalam usaha untuk memastikan pemantauan yang berterusan situasi banjir semasa.

“Hasil pemantauan kita dapati Jalan Kasban dan Laluan Jalan Bukit Lata ke Jejawi di sini sudah dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI