fbpx

Anwar, isteri ucap takziah kemangkatan Sheikh Nawaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Dr. Wan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Kuwait atas pemergian pemerintahnya, Sheikh Nawaf.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Kuwait atas kemangkatan Emir Kuwait, Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Anwar menerusi ciapan di aplikasi X berkata, sumbangan Almarhum kepada pengukuhan hubungan erat di antara Malaysia dan Kuwait akan sentiasa dikenang.

“Saya dan Azizah ingin menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Kuwait atas pemergian Yang Amat Mulia Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” ciapnya pada malam tadi.

Terdahulu, Sheikh Nawaf dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan dan disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun pada 16 Disember lalu selepas tiga tahun memerintah Kuwait.

Dalam pada itu, Putera Mahkota Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, 83, diisytiharkan sebagai emir baharu Kuwait. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI