fbpx

[VIDEO] ATM pertingkat kawalan di kawasan panas penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BUKIT KAYU HITAM – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mempertingkatkan kawalan di sepanjang 24 kilometer sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini terutama di lorong-lorong tikus yang dipercayai menjadi laluan kegiatan penyeludupan.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti semua kawasan panas di kawasan tanggungjawabnya di bawah Op Pagar II iaitu dari Bukit Kayu Hitam dalam daerah Kubang Pasu hingga daerah Padang Terap.

“Kita bertindak secara agresif dalam memastikan tidak ada satu pun kawasan dalam Op Pagar II ini dibolosi oleh anasir penyeludupan rentas sempadan membabitkan ketum, dadah mahupun manusia.

“Kawalan dan rondaan dengan pos pemerhatian 24 jam dipertingkatkan dengan lebih kerap,” katanya kepada pemberita di Kem Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Menurutnya, rondaan secara berkala juga akan dilakukan di sepanjang pagar keselamatan.

“Kalau ada pencerobohan pagar, kita akan terus tutup (pagar) dalam usaha mengukuhkan keselamatan di sempadan ini,” ujarnya.

Berhubung keperluan untuk menambah anggota, kata Arman, kawalan di sempadan dilakukan satu batalion infantri dengan kekuatan antara 80 hingga 100 anggota yang dibantu sokongan logistik.

“Pada masa sekarang, anggota yang ada mampu melaksanakan tugas diberikan selain kita juga bersedia untuk atur gerak anggota ikut keperluan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI