fbpx

Giliran Hospital Nasser dibom Zionis, ratusan penduduk Gaza terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi terkini di Hospital Nasser selepas dibom Zionis malam tadi.

PETALING JAYA – Pesawat Israel mengebom Hospital Nasser yang terletak di Khan Yunnis, selatan Gaza malam tadi sehingga mengorbankan ratusan penduduk.

Menerusi perkongsian wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq, difahamkan hospital tersebut merupakan antara tempat berlindung penduduk Gaza yang paling ramai dan sebahagian besar sedang mendapatkan rawatan di sana.

Katanya, tentera Israel melepaskan peluru berpandu secara berselang-seli sehingga memusnahkan bangunan Hospital Nasser.

“Pengeboman Hospital Nasser, yang merangkumi sejumlah besar pesakit dan orang yang kehilangan tempat tinggal, ramai yang syahid dan beberapa penduduk cedera,” katanya dalam hantaran di Instagram pagi tadi.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, semua hospital di utara Gaza tidak lagi beroperasi dan pasukan perubatan perlu memindahkan pesakit ke Hospital Nasser.

Namun, katanya usaha giat sedang dijalankan untuk membolehkan mana-mana hospital di kawasan yang musnah akibat serangan Israel beroperasi semula.

Sehubungan itu, konflik di antara Palestin dan Israel yang sudah berlanjutan lebih dua bulan sejak ia tercetus pada 7 Oktober lalu, telah mengorbankan lebih 19,000 nyawa penduduk Gaza.

70 peratus daripada mangsa melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI