fbpx

Keputusan JKP tuntutan cerai Adira, Datuk Red 5 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Adira bersama Adnan

RAWANG – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menetapkan 5 Mac depan bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik penyanyi, Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu berhubung proses penceraian mereka.

Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar menetapkan tarikh itu selepas prosiding perlantikan wakil JKP oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, telah selesai hari ini. Dalam prosiding hari ini, Datuk Red melantik rakannya sebagai wakil JKP.

Sebelum ini, pada prosiding terdahulu Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, selaku plaintif telah selesai melantik kakaknya Emma Suhaimi bagi wakil JKP berkenaan.

Bagaimanapun Adira dan Datuk Red tidak hadir ke mahkamah hari ini dan kehadiran mereka dikecualikan.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Terdahulu, semasa prosiding hari ini, peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Datuk Red selaku defendan menyatakan ingin mengambil masa selama enam bulan bagi proses JKP itu.

Namun peguam syarie Nor Saidah Zakaria yang mewakil Adira membantah dan tidak bersetuju dengan tarikh yang panjang tersebut.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Syarie kemudian menetapkan 5 Mac tahun depan bagi kedua-dua pihak mengemukakan laporan JKP masing-masing.

“Tiada masalah sekiranya pihak plaintif dan defendan mahu berbincang kerana mereka masih bergelar suami isteri. Jika ada usaha untuk kembali semula, itu lebih baik dan mahkamah meraikannya,” kata hakim syarie itu.

Untuk rekod Adira penceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu selepas selepas mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Adira berkata perpisahan merupakan satu-satunya jalan bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka. Pada 4 Disember lalu, hadir di mahkamah di sini bagi proses (JKP).

Adira menamakan kakaknya, Emma dalam proses itu manakala Adnan gagal menampilkan sebarang wakil ketika itu.

Sebelum ini, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI