fbpx

Jenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Kuala Pilah, malam tadi.

KUALA PILAH – Jenazah penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza selamat dikebumikan pukul 10.40 malam tadi, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, di sini.

Lebih 200 orang hadir mengiringi penyanyi itu termasuk rakan artis seperti Norlia Ghani, Datuk Hattan, Datuk S Atan, Ameng Spring dan Mat Over selain keluarga.

Terdahulu, jenazah tiba di perkarangan Masjid Tunku Alif Hussein Al-Amin Kariah Kampung Tengkek, kira-kira 8.30 malam.

Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras pada pukul 3.30 petang tadi.

Sementara itu, Hattan ketika ditemui memberitahu, pemergian Ibnor Riza satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

“Karyawan Malaysia berasa sangat berdukacita, rasa amat sedih atas satu kehilangan yang besar dalam industri seni negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI