PETALING JAYA – Seorang ustaz yang juga penceramah terkenal disoal salah seorang jemaah di sebuah masjid tempat beliau mengajar, sehingga didakwa terus tidak menyambung sesi ceramahnya di masjid tersebut.
Melalui satu perkongsian di X, jemaah tersebut bangun bagi mewakili jemaah lain selepas ustaz itu mengeluarkan kenyataan apabila berusia 50 tahun, jemaah tidak perlu mengejar harta dunia lagi.
Ustaz tersebut menjelaskan, apabila usia menginjak ke 50 tahun, umat Islam tidak perlu lagi mengejar harta dunia dan perlu menumpukan kepada ibadat semata-mata.
Namun, seorang jemaah masjid itu bangun dan menjelaskan sebaliknya kerana menjelaskan golongan susah seperti mereka (jemaah lain) tidak boleh berehat kerana dengan umur itu mereka masih tidak mempunyai rumah sendiri lagi.
“Saya tahu ustaz ada tiga biji kereta mewah, ada tiga buah rumah. Kalau tidak silap ustaz kebun durian di Kuala Kangsar. Ceramah ustaz juga berbayar tetapi tidak pasti bayar cukai ataupun tidak.
“Betul kita tidak perlu berebut harta dunia, tapi golongan susah macam saya, rumah pun tiada lagi. Kami tidak boleh berehat, kerja hari-hari kami pun kerana Allah.
“Adakah itu bukan ibadah, ustaz cakap senang sebab ustaz semua dah ada,” jelas jemaah tersebut. – KOSMO! ONLINE.