fbpx

Beberapa kediaman kosong selesai diperiksa kesan pembunuh Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Unit Forensik beresar selepas selesai memeriksa kediaman kosong di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Polis selesai memeriksa beberapa kediaman yang tidak berpenghuni di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini hari ini.

Difahamkan, pemeriksaan aras tiga dan empat bangunan terbabit membabitkan anggota Unit Forensik Bahagian D10 (Makmal Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Usaha tersebut dipercayai bagi mengesan kemungkinan terdapat jejak pembunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati, sepasukan anggota unit berkenaan dengan kekuatan kira-kira 17 orang dilihat tiba pada pukul 3 petang sebelum beredar pada kira-kira pukul 5 petang.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, setakat ini tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak tersebut dan operasi mencari bukti masih diteruskan di sekitar lokasi penemuan mangsa.

Tambah Hussein, sebanyak 172 individu sudah dirakam keterangan yang mana membabitkan ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk sekitar.

Terdahulu, Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI