fbpx

Sufian Suhaimi keliru sebab lagu Budi ditarik dari SFMM38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA kini, Sufian masih tidak mengetahuI sebab utama lagu Budi nyanyiannya bersama Kmy Kmo dan Luka Sickta ditarik dari SFMM38.

PETALING JAYA – Penyanyi Sufian Suhaimi masih tertanya-tanya alasan utama lagu Budi digugurkan daripada menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) hanya sehari sebelum acara berlangsung.

Sufian, 31, turut memaklumkan tidak dimaklumkan lebih awal bahkan perlu menghubungi penganjur untuk mendapatkan pengesahan.

“Sejujurnya saya pun tidak pasti punca utama penarikan lagu Budi dalam SFMM38. Saya pun baru dapat tahu petang semalam.

“Saya memang tidak dipanggil dan dimaklumkan mengenai keputusan perbincangan tersebut.

“Saya hanya tahu lagu Budi ditarik dari pertandingan selepas perbincangan diadakan. Itupun saya yang menelefon untuk mendapatkan kesahihan,” katanya.

Bagi pelantun lagu Terasa Ada itu, segala persiapan sudah dilakukan untuk beraksi di pentas SFMM38 termasuk pemilihan konsep dan pakaian tetapi tindakannya diabaikan.

“Saya sudah lama tidak beraksi di pentas Muzik-Muzik dan secara peribadi Budi mempunyai potensi yang besar untuk ke AJL38.

“Persediaan ke SFMM38 pun sudah dilakukan tetapi bila sudah membentangkan konsep persembahan dan pakaian tiba-tiba idea tidak dipanjangkan.

“Sejak dari insiden itu, saya sudah menduga ada sesuatu yang tidak kena,” ujarnya lagi.

Hari ini, beberapa jam sebelum SFMM38 hari ketiga bermula, Sufian mengejutkan ramai apabila mengumumkan menarik diri dari pertandingan tersebut menerusi Instagramnya.

Sufian sepatutnya mempersembahkan lagu Budi yang dinyanyikan bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI