fbpx

Amaran hujan berterusan di Johor, Pahang dan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Johor, Pahang dan Sabah berikutan luruan monsun.

Menurut MetMalaysia, amaran berkuatkuasa mulai 18 sehingga 21 Disember ini melibatkan kawasan Rompin di Pahang dan Keluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

“Bagi Sabah pula, ia melibatkan Sandakan serta keseluruhan kawasan di Kudat dan pantai barat (di Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) yang berkuasa sehingga 19 Disember.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, luruan monsun akan terus memasuki ke rantau negara Malaysia bermula hari ini sehingga 23 Disember yang membawa keadaan lembap di rantau negara.

“Buat masa ini, di Pantai Timur Semenanjung masih lagi mengalami keadaan cuaca lembap terutama di Pahang dan Terengganu dan ia dijangka berlarutan sehingga tengah hari nanti.

“Manakala bagi negeri lain pula, cuaca dilihat dalam keadaan cerah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI