fbpx

Remaja dakwa nyaris diculik makhluk asing mata hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Talia mendakwa makhluk asing itu bermata hijau. - Daily Star

LIMA, Peru – Seorang gadis berusia 15 tahun di Peru mendakwa bahawa dia hampir diculik oleh makhluk asing bermata hijau, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Talia, dia diserang oleh dua entiti berpakaian perisai berwarna hitam dan bertopeng yang menyemburkan sesuatu ke arah mukanya.

Talia mendakwa bahawa makhluk asing itu mempunyai mata hijau dan memakai ‘jetpack’ yang boleh diaktifkan dengan menekan butang pada kasut but mereka.

“Saya berada di taman untuk memetik limau dan pada ketika itu, saya dapat merasakan daun kering bertiup di sekeliling. Saya kemudian melihat susuk tinggi.

“Apabila saya cuba lari, mereka menangkap dan menutup mulut saya,” katanya.

Kejadian itu berlaku ketika sebuah kampung dinamakan Haikito melaporkan beberapa insiden mengerikan didalangi beberapa ‘makhluk asing’ berketinggian 2.1 meter. 

Ketua-ketua masyarakat tempatan menggambarkan makhluk yang boleh terbang itu sebagai kalis peluru.

Sementara itu, pegawai-pegawai Peru menolak dakwaan tersebut dengan mencadangkan teori bahawa serangan-serangan dialami penduduk itu sebenarnya didalangi oleh kumpulan pelombong emas haram yang memakai ‘jetpack’.

“Kumpulan itu mungkin menggunakan teknologi tertentu yang membolehkan mereka terbang,” kata seorang jurucakap kerajaan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI