‘CINTA’. Ringkas namun penuh pengertian kapsyen yang dikongsikan bekas suami kepada pelakon, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob dalam Instagram miliknya.
Disebabkan kapsyen beserta sekeping gambar itu, ada netizen menyarankan supaya adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu memujuk semula bekas isterinya supaya mereka kembali bersatu.
Malah, ada juga yang menyuruh Raf supaya move on dan segera mencari pengganti baharu supaya dia kembali gembira dan ceria. Bukan main lagi masing-masing suruh cari isteri baharu, macam main tukar-tukar baju ya!
Bagaimanapun, kata Raf, dia belum bersedia, malah tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti Mawar selepas rumah tangga yang dibina bersama wanita itu runtuh, baru-baru ini.
“Saya tidak bersedia untuk itu (cari pengganti). Saya mahu fokus dengan diri sendiri dahulu,” kata Raf.
Malah, ramai juga yang menyuruh supaya Raf istiqamah dan berdoa supaya diberikan kekuatan semangat dan fokus pada perkara yang lebih penting iaitu mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Bersabarlah. Kita tidak tahu nasib sendiri pada kemudian hari. Lagi pun pengalaman setiap individu itu berbeza. Berikan Raf sedikit waktu okey.
DIVA: Nampaknya usahawan yang bergelar penyanyi dan pelakon, Iqbal Zulkefli dah mula bimbang apabila berat badannya naik seperti belon yang dipam.