fbpx

Jenazah pensyarah kolej selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana pengebumian jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah, Klang baru-baru ini. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

KLANG – Jenazah seorang wanita yang dipercayai maut dibunuh suaminya dengan dumbel di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam semalam selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah Allahyarham yang berusia 33 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah di sini, kira-kira pukul 5.30 petang ini.

Terdahulu, jenazah yang dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Shah Alam (HSA) tiba di masjid kampung berkenaan untuk disembahyangkan.

Puluhan ahli keluarga dan saudara mara turut menghadiri urusan pengebumian Allahyarham.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, pihaknya bersyukur urusan pengebumian anak kedua daripada tiga beradik itu berjalan lancar.

“Kami setakat ini belum bersedia mengulas lanjut kerana masih terkejut dengan kejadian tersebut. Namun, keluarga berharap polis dapat menjalankan siasatan terperinci kes tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan itu.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas seorang lelaki berusia 38 tahun yang disyaki membunuh isterinya.

Tempoh reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! melaporkan seorang pensyarah kolej mati dibunuh suaminya sendiri menggunakan dumbbell akibat cemburu dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSA pukul 5.33 pagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI