fbpx

Kelakar buat Nisa jadi popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISA tidak kisah dikecam netizen yang tidak dapat menerima lawaknya di TikTok.

SIFAT kelakar membawa tuah buat Nisa Hazirah Jasni apabila gadis ini bukan sahaja popular di TikTok menerusi pelbagai video yang dihasilkannya, malah pernah menyertai sitkom bersama pelakon-pelakon komedi.

Mesra dengan panggilan Nisa Bunga, penerima Anugerah Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada November tahun lalu itu memasang impian untuk bergandingan bersama Beto Kusyairy dan Nabila Huda.

Kepada Kosmo! Ahad, Nisa Hazirah, 24, menceritakan pengalaman hidupnya sejak di bangku sekolah sehingga terjebak dalam dunia hiburan.

KOSMO! AHAD: Apakah bidang yang Nisa sukai sejak di bangku sekolah?
NISA: Saya sangat aktif dalam melukis, mencipta dan mengarang puisi, pengacaraan majlis serta lakonan. Saya pernah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Saya tidak sangka akan menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan media massa di UiTM.

Sejak bila pula Nisa aktif di TikTok?
Bermula pada akhir 2019, pada awalnya, saya ikut trend sahaja dan mula aktif di TikTok sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan pelbagai video kelakar.

Adakah perwatakan di luar dan di media sosial sama?
Saya seorang yang suka buat lawak tidak kira dalam media sosial atau di luar, sama sahaja perwatakan saya.

Adakah pernah terima komen negatif daripada netizen?
Mestilah pernah. Saya pernah dapat komen seperti ‘macam tin kosong, bising tapi tak ada isi’, ‘macam tak ada akal’ dan beberapa komen lucah. Bagaimanapun, saya tidak pedulikan semua komen negatif itu.

NISA

Adakah Nisa bercita-cita menceburi dunia lakonan?
Saya tiada hasrat untuk ke arah itu, tetapi suka mencuba perkara baharu. Ketika diploma, saya hadir uji bakat sebuah projek senior dan ketika itu baru saya tahu diri ini kelakar sebenarnya.

Adakah Nisa pernah menjadi pelakon jemputan?
Saya pernah diberi peluang menjadi pelakon jemputan bersama pelawak tanah air seperti Bell Ngasri, Atu Zero, Jiggy dan Shuk untuk Sepahtu Reunion bertajuk Abang Pengakap Terperangkap.

Kalau diberi peluang, siapa pelakon yang ingin dijadikan gandingan?
Saya suka bergandingan dengan sesiapa sahaja, tetapi jika diberi pilihan, saya memilih Beto Kusyairy dan Amerul Affendi. Bagi pelakon wanita pula, saya teringin untuk bergandingan bersama Nabila Huda.

Siapa lelaki pilihan hati?
Sewaktu di sekolah menengah, saya pernah berangan-angan nak kahwin muda. Saya ingin mengikut jejak ummi dan ayah saya yang berkahwin pada usia muda. Siapa lelaki pilihan, itu rahsia.

Apakah nasihat kepada golongan belia?
Ilmu pengetahuan dan pendidikan amat penting dalam hidup untuk kekal relevan pada masa hadapan, tidak boleh mengharapkan media sosial semata-mata untuk jadi terkenal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI