fbpx

Gunung Arab Saudi dilanda salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL Masoudi merakamkan salji melanda pergunungan Tabuk, Selasa lalu. Foto - Image Credit: X/@Akhbaar24

RIYADH – Dalam satu perubahan cuaca yang jarang berlaku, kawasan pergunungan Tabuk di  barat laut Arab Saudi telah dilanda salji, lapor portal berita  Gulf News kelmarin.

Seorang jurugambar, Fahd Al Masoudi merakamkan pemandangan menakjubkan itu pada Selasa lalu.

Beliau menggambarkan pemandangan di gunung itu membuatkan jiwa dan mata menjadi tenang dan membawa kegembiraan kepada penduduk dan peminat fotografi.

Salji di Tabuk berlaku pada musim sejuk dengan ramai penduduk tempatan menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi sebelum ini meramalkan ribut petir yang berpotensi mencetuskan hujan lebat, angin kencang dan hujan batu merentasi pelbagai wilayah termasuk Tabuk, Madinah dan sebahagian kota suci Mekah.

Laporan meteorologi juga meramalkan berlakunya penurunan suhu yang ketara di kebanyakan tempat di negara tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI