fbpx

18 RAMD bantu KKM periksa kesihatan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota tentera menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap seorang mangsa banjir di PPS Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD)(PARA) memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir di Terengganu.

Pegawai Memerintah 18 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd. Zaki Jusoh berkata, Ops Murni yang bertujuan menyantuni mangsa banjir turut disertai pasukan perubatan.

Beliau berkata, pasukan perubatan tersebut terdiri daripada seorang pegawai perubatan serta lima anggota lain- lain pangkat.

“Kami yang berpengkalan di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus diberi tanggungjawab menjalankan Ops Murni di tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Marang serta Dungun.

“Pasukan perubatan tersebut menyantuni mangsa banjir dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang terdapat di tiga daerah terlibat,” katanya ketika ditemui di PPS Pengkalan Ajal di sini hari ini.

Mohd. Zaki berkata, pasukan perubatan berkenaan akan memberi rawatan awal terhadap mangsa banjir yang kurang sihat atau demam disebabkan banjir.

Tambah beliau, selain itu, mereka juga membantu KKM mengesan kemungkinan penularan penyakit bawaan air dalam kalangan mangsa banjir terbabit.

“Kami juga menawarkan bantuan terhadap mangsa banjir berpenyakit yang memerlukan rawatan lanjur di pusat perubatan terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI