fbpx

Rita Rudaini tolak budaya kasar, maki hamun murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Rita Rudaini meluahkan pendapatnya berkenaan tindakan guru sekolah menampar anak murid.

PETALING JAYA -Pelakon Rita Rudaini menyifatkan tindakan seorang guru lelaki menampar murid di sebuah sekolah yang tular baru-baru ini sebagai menjatuhkan maruah kanak-kanak.

Katanya, membudayakan perbuatan kasar dalam mendidik pelajar pada era kini sudah tidak lagi relevan selain berisiko mencetuskan impak negatif terhadap mental pelajar berkenaan.

“Apa pelajaran yang budak itu dapat daripada guru tersebut adalah cuma malu, hilang keyakinan, semangat diri dan lebih kepada dendam,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Rita yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkongsi pandangan berkenaan insiden yang tular dan diperkatakan ramai sejak beberapa hari lalu.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 47, orang ramai juga tidak sepatutnya membuat perbandingan kaedah digunakan golongan pendidik era lalu dengan cara sekarang.

Tegasnya, guru sepatutnya bersikap lebih matang dalam menunjukkan contoh terbaik buat anak didik mereka terutama pada murid yang masih dalam peringkat awal persekolahan.

“Nak tegur atau bagi pengajaran bukan dengan memalukan seorang budak yang belum matang di khalayak ramai.

“Beza dekat sini, cikgu (berkenaan) sudah matang, anak murid yang di lempang seorang kanak-kanak. Guru adalah idola dan mentor murid-murid,” ujarnya.

Tambah Rita, dia juga tidak menolak mentah-mentah kaedah pendidikan menerusi tindakan merotan, namun perlu sesuai dengan cara digunakan.

Baginya, tindakan memukul atau menggunakan perkataan kasar hanya akan membuatkan pelajar semakin menjauh sekali gus enggan mendengar nasihat.

“Nak mengajar boleh, bawa pergi bilik guru, siasat, bagi kaunseling, nasihat. Selepas itu bagi rotan sedas kalau betul langgar peraturan atau disiplin.

“Kalau pukul dan maki hamun ikut suka itu yang budak-budak pun jadi keras dan bukan makin elok, makin nakal dan keras hati,” katanya.

Pada Khamis lalu tular video menunjukkan seorang individu dipercayai guru menampar murid dalam satu acara di sebuah sekolah yang mencetuskan pelbagai komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI