fbpx

Banjir: Enam jalan di Rantau Panjang ditutup untuk laluan kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang yang dinaiki air. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

RANTAU PANJANG – Enam laluan melibatkan jalan negeri dan persekutuan di sini terpaksa ditutup kepada kenderaan selepas dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Pasir Mas berkata, lima daripada enam laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.

Menurutnya, laluan yang yang ditutup kepada semua kenderaan adalah Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (berhampiran Masjid Padang Licin) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh (berhampiran padang bola).

“Selain itu Jalan Banggol Kulim (pintu Kastam 2), Jalan Bunga Raya (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan Jalan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina turut ditutup.

“Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah di Kampung Kubang Rambutan pula hanya ditutup untuk laluan kenderaan ringan,” katanya.

Tambahnya, beberapa buah kawasan seperti Kampung Rahmat, Baroh Pial, Kubang Chenok, Gual To’Deh, Tasek Bakong, Bawah Lembah, Kusar, Kubang Rambutan dan Taman Sri Mas di sini masih dinaiki air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI